SRA-TEAM'S CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SRA-TEAM'S CLUB

srateams.crew@gmail.com
 
HomePortalLatest imagesRegisterLog in

 

 About SRA TEAM'S CLUB

Go down 
AuthorMessage
SRA Crew
Admin
SRA Crew


Posts : 198
Join date : 14/08/2011
Location : Bandar Seri Putra,Bangi

About SRA TEAM'S CLUB Empty
PostSubject: About SRA TEAM'S CLUB   About SRA TEAM'S CLUB Icon_minitimeSat Aug 20, 2011 3:43 pm

SRA Team Club adalah merupakan salah satu kelab kereta, khas untuk pengguna kereta Naza Suria,Naza Picanto & Kia Picanto. Ditubuhkan untuk ahli-ahli beramah mesra,merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita tidak kira dimana kita berada. Dan di SRA Team Club kita juga membincangkan isu-isu kereta dari segi teknikal, modifikasi, prestasi,tips penjagaan,penyelanggaraan sesebuah kereta & juga isu-isu yang berkait dengan permotoran di Negara kita ini. Dan ianya juga adalah bertujuan untuk membantu pengguna-pengguna kereta ini untuk bersama-sama berkongsi maklumat, pengetahuan & pengalaman tentang cara-cara penjagaan & penyelenggaraan sesebuah kereta.

SRA Team Club juga bertujuan untuk mencari kenalan baru yang berkonsepkan pemilik kereta. SRA Team Club merancang untuk mencari ahli diseluruh malaysia,untuk menjadikannya sebagai satu jaringan komuniti kereta yang besar. Salah satu sebab SRA Team Club ditubuhkan adalah untuk mempunyai komuniti yang sihat,pantas & INTERAKTIF dari segi maklumat tentang kereta & juga perkhidmatan dari ahli-ahli yang yang mempunyai kemahiran tertentu.

Dari segi peraturan & syarat pula,Kami di SRA Team Club menetapkan syarat yang senang dan mudah,semudah ABC. Daftar keahlian disini,ambil sticker & tampal sticker ahli. Serta merta anda adalah ahli yang sah. Dari segi peraturan pula,setiap ahli haruslah saling mengenali antara satu sama lain & saling tolong menolong antara satu dengan yang lain,jika ada ahli yang didalam kesulitan. Itu adalah kewajipan kita untuk membantu. Ini adalah perkara yang utama ditekankan didalam SRA Team Club. Contohnya jika seorang ahli kita didalam kesulitan,keretanya rosak,dan pada masa itu kita melihat sticker ahli yang ditampal dibelakang keretanya,maka perlulah kita memberi bantuan dengan sedaya yang mungkin. Jika semua ahli bersikap prihatin seperti ini,SRA Team Club akan bertahan & mempunyai jaringan sahabat yang terhebat di Malaysia. Seperti persatuan-persatuan kereta yang lain juga,SRA Team Club juga akan mengadakan aktiviti bulanan & juga aktiviti tahunan bagi semua ahli. Seperti Konvoi beramai-ramai ke pusat peranginan,ke rumah anak yatim,auto show & lain-lain lagi. Dengan aktiviti-aktiviti sebegini kita akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli & keluarga ahli.

Kami di SRA Team Club bercadang untuk menjadikan Club ini sebagai salah satu persatuan NGO yang sah.Pendapat & cadangan dari ahli-ahli SRA Team Club adalah amat kami alu-alukan. Kami di SRA Team Club sentiasa mengalu-alukan kedatangan & kemeriahan dari saudara-saudari semua untuk bersama-sama memajukan forum/club ini & juga memajukan permotoran tanahair kita.


Assallamualaikum...

P/S- Untuk mendapatkan sticker bolehla hubungi moderators..

Selamat Berforum.
Administrator
Back to top Go down
http://www.tagged.com/profile.html
 
About SRA TEAM'S CLUB
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Visi & Misi SRA TEAM'S CLUB

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SRA-TEAM'S CLUB :: GENERAL :: About SRA Team's Club-
Jump to: